Tidak dilupakan juga tentang keadaan dan kedudukan muka bumi Malaysia yang sangat strategik dan unik dimana ianya terselamat dari bencana-bancana alam seprti Taufan, Gempa bumi, Gunung Berapi,, Tsunami dan sebagainya adalah juga faktor utama kepada terhasilnya prospek-prospek unggul ini. Oleh yang demikian, majalah ini turut menekankan tentang kewujudan-kewujudan sumber asas diMalaysia dan kaedah-kaedah dalam kepenggunaannya supaya dijadikan panduan kepada rakyat Malaysia agar bijak untuk menghasilkan sesuatu yang bernilai. Tambahan pula, dengan adanya informasi-informasi semasa melalui ruangan berita-berita Ekonomi, Isu-isu semasa, dan Fakta-fakta lengkap yang terdapat didalam setiap keluaran majalah ini, akan menjadikan ianya sebagai media yang berinformasi tinggi. Demi mengutamakan ketepatan dan kesahihan maklumat, majalah ini akan menggabungkan usahasama dengan pihak Kerajaan, NGO, Syarikat-syarikat Swasta dan juga Individu bagi mendapatkan informasi-informasi yang terbaik untuk dijadikan sebagai bahan bacaan yang amat berguna kepada rakyat terutamanya golongan remaja dan belia.
Terdapat empat tajuk utama yang akan dikeluarkan bagi setiap edisi iaitu: Kemuncak Jaya (The Pinnacle), Masyarakat dan Sumber Asas (People and Fundamentals), Ruang Waktu (Time and Space), dan Sejarah Malaysia (Malaysia History), dimana setiap empat tajuk ini akan dijadikan sebagai paparan utama/menarik yang mungkin mampu mendedah, mendidik, dan mempengaruhi masyarakat Malaysia supaya menjadikan gaya kehidupan yang lebih baik dibawah gagasan 1Malaysia.
Kami yakin dan percaya bahawa majalah THE MALAYSIA PROSPECTS ini akan menjadi panduan dan bimbingan kepada masyarakat Malaysia, untuk menggalakkan mereka mencari dan merungkai prospek-prospek untuk kebaikan diri mereka sendiri demi meningkatkan taraf hidup yang lebih cemerlang. Dan diharapkan majalah ini akan menjadi salah satu bahan media yang penting dalam usaha menjana masyarakat Malaysia yang lebih berwawasan, harmoni dan berjaya dibawah gagasan 1Malaysia.
